SELAMAT DATANG KE BLOG SMK PERANTAU DAMAI.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....SMK PERANTAU DAMAI ADALAH SEKOLAH HARIAN BIASA

Sejarah SMK Perantau Damai


SMK Perantau Damai (SMKPD) terletak di gugusan Felda Perantau Damai yang terdiri daripada Felda Keratong 8, 9 dan 10. Ia mula dibina pada September 1992 dan telah siap pada akhir 1993.

Pada awal penubuhannya, SMKPD hanya terhad kepada tingkatan 1 dan 2 sahaja iaitu seramai 565 orang dan ditadbir oleh 9 orang guru, seorang kerani dan seorang pembantu makmal. Oleh kerana bilangan pelajar semakin bertambah, bilangan kakitangan juga turut bertambah.

Kini, bilangan kakitangan akademik adalah seramai 56 orang, terdiri daripada seorang Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, 4 orang ketua bidang, 2 orang kaunselor, 2 orang guru cemerlang dan 44 orang guru penolong. Jumlah pelajar juga kian meningkat dari tahun ke tahun. Sehingga kini jumlah pelajar di sekolah ini adalah 496 orang yang terdiri daripada 239 pelajar lelaki dan 257 pelajar perempuan.

SMKPD terbina di atas tanah seluas 10.52 hektar mempunyai pelbagai kemudahan. Mempunyai 7 blok bangunan kelas dan makmal, sebuah dewan yang dinamakan Dewan Sri Permai, sebuah kantin dan sebuah makmal komputer. Antara bilik khas yang terdapat pada 7 blok bagunan tersebut ialah Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains,    Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Grafik Berkomputer, Studio Seni Visual, Studio Lukisan Kejuruteraan, Koperasi Sekolah, Bilik Rawatan, Bilik Gerakan, Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Galeri, War Room, Bilik PAK21 dan bilik-bilik khas yang lain untuk memberi kemudahan kepada para pelajar serta guru melaksanakan proses pengajaran dan pemudah cara.

Sepanjang 24 tahun penubuhannya, SMKPD telah banyak menjalankan program untuk membangunkan dan menceriakan lagi sekolah  ini setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain. Dengan visinya iaitu Keselamatan, Kesejahteraan, Keceriaan, Kejayaan, dan Kecemerlangan Keutamaan Kita, pelbagai usaha telah, sedang dan akan dibuat bagi mencapai hasrat tersebut.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP