SELAMAT DATANG KE BLOG SMK PERANTAU DAMAI.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....SMK PERANTAU DAMAI ADALAH SEKOLAH HARIAN BIASA

Pentadbiran Sekolah

PENGETUA
(DG52)
SAMSUDDIN BIN MOKHTAR
B.A (Hons, UTM)
Diploma Perguruan(UIAM) (Sejarah)
Mula bertugas di SMKPD: 10.06.2019

PK PENTADBIRAN
(DG48)
 Hasni bin Mamat
B.Ind. Tech. (USM) 
Dip.Ed (USM)(Kimia/Fizik)
Mula bertugas di SMKPD: 18.12.2017

PK HEM
(DG52)
Mohd Radzi bin Abdullah
B.A (Hons, UM)
Dip.Ed (UM)(Sejarah/P.Melayu)
Mula bertugas di SMKPD: 01.10.2014

PK KOKURIKULUM
(DG52)
Kamarul Zaman bin Yaman 
B.Sc.Ed (Hons)(Fizik/Matematik)
Mula bertugas di SMKPD: 01.06.2003

GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
DG48 (KUP)
Razilah binti Said 
B.A (Hons)
Dip.Ed (KPLI) (Perdagangan/PA)
Mula bertugas di SMKPD: 06.01.1998

GKMP KEMANUSIAAN
DG48 (KUP)
Norhasikin binti Ngadimon 
B.A (Hons)
Dip.Ed (KPLI) Geografi/BM
Mula bertugas di SMKPD: 01.06.2006

GKMP SAINS & MATEMATIK
(DG44)
Busra'aini binti Saad 
B.Sc.Ed(Hons) Matematik/Kimia
Mula bertugas di SMKPD: 07.01.2011

GKMP BAHASA
(DG44)
Maslinda binti Mohamad Fadzil
B.Ed (Hons) Pengajian Perniagaan
Mula bertugas di SMKPD: 17.06.2014

KAUNSELOR
DG44(KUP)
Nor Liziana binti Md Desa
Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Pendidikan UPSI
Bimbingan dan Kaunseling
Mula bertugas di SMKPD: 02.08.2013



Read more...

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembagkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Read more...

Visi dan Misi KPM


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Read more...

Visi dan Misi PPD Rompin


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

Rompin Memang Di Hadapan

Read more...

Visi dan Misi SMKPD



VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi

Read more...

Moto dan Cogan Kata SMKPD


MOTO

Proaktif  Dinamik

COGAN KATA

Proaktif Dinamik
Pendidik Dedikasi
Penampilan Dijaga
Paradigma Dijana
Pencapaian Diraih

Semangat kental
Matlamat jelas
Kreatif minda
Proaktif bertindak
Dinamik  pemikiran

Read more...

Piaggam Pelanggan SMKPD

Kami warga SMK PERANTAU DAMAI dengan penuh azam dan iltizam, berikrar serta berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:

Ø    Sentiasa memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan dengan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia serta memberi khidmat yang terbaik melalui amalan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga SMKPD.
Ø    Memastikan aspek kurikulum dan kokurikulum disampaikan kepada semua pelajar sekolah ini dengan ikhlas, sabar dan dedikasi bagi memastikan setiap individu mempunyai matlamat untuk cemerlang dan berfikiran positif dalam bidang akademik dan sahsiah.
Ø    Keselesaan prasarana dan persekitaran sentiasa dititikberatkan untuk membina suasana yang sihat, tenteram dan ceria.
Ø    Proaktif dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dengan semangat yang kental dan dedikasi  
Ø    Dinamik pemikiran untuk memastikan anjakan paradigma bagi mencapai kecemerlangan pelajar dan memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa serta masyarakat sekitar melalui pakatan strategik

Kami warga SMK PERANTAU DAMAI percaya dan yakin dapat menunaikan piagam ini dengan sebaik-baiknya”

Read more...

Bendera SMKPD


*Sila Klik Pada Imej Untuk Diperbesarkan

Read more...

Logo SMKPD


*Sila Klik Pada Imej Untuk Diperbesarkan

Read more...

Lagu Sekolah

SMK Perantau Damai
Indah ceria suasana permai
Semangat bersatu telah tersemai
Kecemerlangan pendidikan pasti tercapai

Marilah kita berganding bagu
Bersama bergerak terus maju
Berakhlak berdisiplin warga berilmu
Wawasan murni hala dituju

Pelajar dan guru tekadkan bersama
Majukanlah diri gandakan usaha
Berjiwa kental dan berwibawa
Bersama membina harapan negara

Teknologi tinggi kini digunakan
Cekap peka meniti arus perdana
Berhemah mendidik anak anak bangsa
SMK Perantau Damai
Terus berjaya

Lagu : Rabiulawal A. Anuar
Lirik : Idrus Othman

Dengar lagu, Klik dibawah...

Read more...

Sejarah SMK Perantau Damai


SMK Perantau Damai (SMKPD) terletak di gugusan Felda Perantau Damai yang terdiri daripada Felda Keratong 8, 9 dan 10. Ia mula dibina pada September 1992 dan telah siap pada akhir 1993.

Pada awal penubuhannya, SMKPD hanya terhad kepada tingkatan 1 dan 2 sahaja iaitu seramai 565 orang dan ditadbir oleh 9 orang guru, seorang kerani dan seorang pembantu makmal. Oleh kerana bilangan pelajar semakin bertambah, bilangan kakitangan juga turut bertambah.

Kini, bilangan kakitangan akademik adalah seramai 56 orang, terdiri daripada seorang Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, 4 orang ketua bidang, 2 orang kaunselor, 2 orang guru cemerlang dan 44 orang guru penolong. Jumlah pelajar juga kian meningkat dari tahun ke tahun. Sehingga kini jumlah pelajar di sekolah ini adalah 496 orang yang terdiri daripada 239 pelajar lelaki dan 257 pelajar perempuan.

SMKPD terbina di atas tanah seluas 10.52 hektar mempunyai pelbagai kemudahan. Mempunyai 7 blok bangunan kelas dan makmal, sebuah dewan yang dinamakan Dewan Sri Permai, sebuah kantin dan sebuah makmal komputer. Antara bilik khas yang terdapat pada 7 blok bagunan tersebut ialah Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains,    Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Grafik Berkomputer, Studio Seni Visual, Studio Lukisan Kejuruteraan, Koperasi Sekolah, Bilik Rawatan, Bilik Gerakan, Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Galeri, War Room, Bilik PAK21 dan bilik-bilik khas yang lain untuk memberi kemudahan kepada para pelajar serta guru melaksanakan proses pengajaran dan pemudah cara.

Sepanjang 24 tahun penubuhannya, SMKPD telah banyak menjalankan program untuk membangunkan dan menceriakan lagi sekolah  ini setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain. Dengan visinya iaitu Keselamatan, Kesejahteraan, Keceriaan, Kejayaan, dan Kecemerlangan Keutamaan Kita, pelbagai usaha telah, sedang dan akan dibuat bagi mencapai hasrat tersebut.

Read more...

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP